Siakap Keli
Gambar: Aviv Junno

Pukau Pandangan, Pemancing Kongsi Foto Pelangi ‘Rare’ Berwarna Merah Hiasi Langit Gelap

Setiap dari kita pastinya pernah menyaksikan pelangi. Mungkin ada sebilangan daripada kita yang berpeluang untuk menyaksikan kejadian fenomena pelangi berganda.

Pun begitu, pernahkah anda melihat pelangi yang berwarna merah? Seakan mustahil, namun pelangi merah ini benar-benar wujud dan telah disaksikan sendiri oleh seorang pemancing di Eropah.

Aviv Junno, pemancing dari Finland, mendakwa telah melihat pelangi merah itu ketika dia sedang menangkap ikan di Tasik Paijanne, berhampiran Pulau Hauhhasalo, pada hujung minggu lalu.

“Saya tidak menyangka bahawa ianya adalah sesuatu yang sangat istimewa, namun tak dapat dinafikan ianya turut menyeramkan,” kata Junno.

Lelaki berusia 31 tahun itu kemudiannya berkongsikan gambar di akaun Instagram miliknya sebelum gambar tersebut menjadi tular. Dia menggunakan kapsyen “Red midnight rainbow” pada gambar tersebut.

View this post on Instagram

Red midnight rainbow 🤯🌈

A post shared by Aviv Junno (@avivjunno) on

Junno menyatakan bahawa seumur hidupnya mencari rezeki sebagai seorang nelayan, dia belum pernah menyaksikan fenomena seperti itu sebelum ini.

Fenomena pelangi sering terjadi disebabkan oleh pantulan, pembiasan dan belauan sinar matahari apabila bertemu dengan titisan hujan. Titisan air di atmosfera bertindak sebagai prisma, lalu menghasilkan warna spektrum dan seterusnya menyebabkan terhasilnya busur berwarna yang boleh disaksikan di langit.

Pun begitu, pelangi berwarna merah seperti ini difahamkan jarang-jarang berlaku.

Menurut portal EarthSky, pelangi merah biasanya terjadi apabila matahari berada pada kedudukan menyerong di waktu senja.

Pelangi merah menggunakan hukum fizik yang sama seperti matahari yang sedang terbenam, dimana ianya memancarkan warna merah serta oren.

Pelangi berwarna merah terbentuk apabila kedudukan menyerong pada matahari pada waktu senja. Keadaan itu menyebabkan gelombang cahaya menjadi pendek seperti warna hijau, biru indigo dan ungu berselerak sekali gus meninggalkan hanya warna merah.

Junno menyatakan bahawa reaksi warganet terhadap gambar yang dikongsikannya itu “sangat gila”.

“Saya harap gambar itu dapat memujuk teman wanita saya untuk akhirnya ikut saya pergi menangkap ikan suatu hari nanti,” kata Junno.

Sumber: Fox 32 Chichago

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa