Siakap Keli

Remaja Campak Bayi Dari Tingkat 13 Dituduh Bunuh – BERNAMA

GEORGE TOWN, 16 Julai – Seorang pelajar kolej hari ini dituduh membunuh bayi perempuan yang baru dilahirkan, Jumaat lalu, di rumah keluarganya di Air Itam, di sini.

Pertuduhan terhadap suspek dilakukan di Wad Bersalin, Hospital Pulau Pinang berikutan remaja itu masih menjalani rawatan di hospital berkenaan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurfadrina Zulkhairi.

Tertuduh didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian bayinya di laluan ke kawasan tempat letak kenderaan aras 4, di sebuah apartmen di Ayer Hitam di sini, pada jam 8.25 pagi, 10 Julai lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

— BERNAMA

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang