Siakap Keli

Remaja Lelaki Trauma Tergigit Jari Manusia Ketika Menikmati Pastri Daging

Seorang remaja lelaki di Brazil trauma apabila tergigit jari manusia yang tiba-tiba ditemui dalam pastri daging yang dipesan dari sebuah restoran di bandar Sao Paulo.

Dia memuntahkan semula pastri yang dimakan apabila terasa ada daging anehh yang terdapat dalam pastri tersebut. Pemilik restoran itu mengaku bahawa pekerjanya mengalami kemalangan ketika bekerja sehingga kehilangan belah atas jarinya tetapi tidak menjumpai di mana jari tersebut menghilang.

Selepas kejadian tersebut, pemilik restoran itu menutup kedainya untuk beberapa hari dan kesal dengan kejadian yang berlaku kerana tak sangka jari tersebut dijumpai dalam pastri daging pelanggannya.

Sumber: The Sun.co.uk

Nor Azilah