Siakap Keli
Foto: KKM

Satu Lagi Kluster Baharu Dikesan Di Sarawak Libatkan Sebuah Syarikat di Mambong

Dalam satu sidang media perkembangan semasa jangkitan Covid-19 di Malaysia, dalam ucapan Dr Noor Hisham sebentar tadi mermaklumkan bahawa terdapat satu lagi pertambahan kluster baharu di Sarawak yang melibatkan pekerja di sebuah syarikat di Mambong.

Satu kluster baharu dikesan di sebuah syarikat di Mambong. Sehingga 16 Julai, terdapat 2 kes positif dilaporkan dalam kluster ini.

Kes indeks (kes ke-8,732) kepada kluster ini mengalami gejala sejak 12 Julai 2020 dan dikesan positif pada 14 Julai 2020 di sebuah pusat perubatan.

Seramai 70 individu telah dikenalpasti dan disaring dimana 2 kes dilaporkan positif (1 warganegara dan 1 bukan warganegara), manakala 68 individu lagi masih menunggu keputusan.

Punca jangkitan kluster ini masih di dalam siasatan.

 

Sumber: KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang