Siakap Keli

Tak Berhati Perut, Pasangan Ini Kurung Anak Sendiri Dalam Sangkar Kucing, Simbah Air Panas & Dera Hingga Meninggal Dunia

Singapura — Pasangan suami isteri didapati bersalah mendera anak lelaki mereka yang berusia 5 tahun sehingga meninggal dunia pada tahun 2016, masing-masing dijatuhkan hukuman penjara 27 tahun, dalam keputusan mahkamah Isnin lalu.

Mahkamah Tinggi Singapura menjatuhkan hukuman penjara selama 27 tahun dan 24 kali sebatan ke atas si suami manakala isterinya iaitu dikenakan hukuman penjara 27 tahun dan tambahan 12 bulan dipenjara. Hukuman penjara ini ditambah sebagai ganti hukuman sebatan yang tidak dilakukan ke atas wanita di Singapura.

Menurut laporan, pasangan itu yang berusia 28 tahun telah mendera anak mereka dengan menyimbah air panas yang mendidih pada sekitar 15 Oktober sehingga 22 Oktober 2016 di sebuah bilik flat di Singapura.

Mangsa yang tidak sedarkan diri hanya dibawa ke hospital selepas lebih 7 jam menahan sakit dengan kesan melecur hampir keseluruhan badan. Mangsa dilaporkan meninggal dunia pada 23 Oktober 2016.

Selain di simbah dengan air panas, kanak-kanak tersebut didera menerusi beberapa siri penderaan. Antranya adalah, dikurung di dalam sangkar haiwan, dicubit dengan menggunakan playar sehingga lebam, dipukul dengan penyapu dan membakar tapak tangannya menggunakan logam yang panas.

Pasangan itu yang menganggur pada mulanya didakwa melakukan pembunuhan dengan niat. Namun pada bulan Jun lalu, hakim membebaskan mereka dari pertuduhan membunuh dan sebaliknya mensabitkan kesalahan yang menyebabkan cedera parah.

Timbalan Pendakwa Raya, Tan Wen Hsien berkata kanak-kanak tersebut mengalami kesakitan selama lebih seminggu dan menderita nasib yang lebih buruk.

Pihak pendakwaan mengatakan ini adalah salah satu kes terburuk penderan kanak-kanak yang mereka pernah lihat.

Sumber: Mirror.uk

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.