Mungkin ada dalam kalangan ibu-ibu atau suri rumah pening memikirkan untuk menukar langsir baharu terutamanya jika ada sebarang majlis atau sambutan hari raya.
Mereka kebiasaannya akan mengunjungi kedai-kedai langsir yang sudah pastinya bernilai ratusan malah ada yang mencecah ribuan ringgit.
Tidak perlu risau lagi kerana anda sebenarnya juga boleh membuat langsir sendiri sekaligus tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak namun hasilnya tetap mengagumkan.
Menerusi kiriman yang dikongsikan oleh Nurul Shahida melalui page Kami Suka Deko Deko di Facebook, beliau menunjukkan bagaimana untuk membuat langsir eyelet kos murah iaitu tidak sampai RM400.
Ikuti perkongsian di bawah ini:
Ramai sngt tnya hritu mcm mne buat lngsir eyelet .. xsempt nk reply satu2.. jdi sy share balik ye ..
-Kain jersey ( rm2.50/m) , beli dekat kedai langsir .. sy beli sekayu ada 67 m rm167
-ring beli dlm shoppe ( rm30/100 pcs )
Cara2 dia boleh la tngok pic kat bawah .. selamat mencuba ..
Ukur lebar langsir dulu .. sy dpt ukuran 60 inci jdi boleh dpt 10 ring .. 60 ÷ 10 = 6 inci .. jdi jarak antara lubang ring 6 inci .. lpas tu bulatkan ring dr bhgian dalam .. lpas siap bulat terus gunting , ring tu bukak letak atas bawah lepas tu tekan je .. senang kan ?

Dapatkan gelung langsir seperti dalam gambar di SINI.
Eh lupa jarak hujung kiri n kanan tu 6 ÷ 2 = 3 inci .. jdi jarak antara kiri kanan hujung tu 3 inci .. siap ..

Okey siap gantung dah langsir murah kos xsampai 400 pom satu ruang tamu

Juga boleh dapatkan pelbagai jenis langsir di SINI.
Sumber: Nurul Shahida Via Kami Suka Deko Deko