Siakap Keli

(Video) Abam Food Panda Ini Dipuji Netizen, Bantu Lelaki Tunda Motor Dalam Hujan Lebat

Sebuah video memaparkan seorang lelaki penghantar makanan yang menaiki motosikal sedang cuba membantu menolak motosikal lain yang rosak di dalam hujan lebat, meraih perhatain ramai.

Menerusi video berdurasi 14 saat yang dirakamkan oleh seorang pengguna Twitter Nabil Naqiuddin, lelaki berkenaan merisikokan nyawanya dengan memberhentikan motosikal di tepi lebuhraya yang sesak.

Dalam keadaan hujan yang lebat, dia membantu menolak motosikal yang tersadai itu walau sedar akan bahaya yang menanti.

Semoga murah rezeki kau bro

Rata-rata netizen turut memuji kebaikan hati pemuda berkenaan yang sudi menghulurkan bantuan kerana tidak semua mampu bersifat ‘ambil peduli’ atas kesusahan orang lain.

Orang yang pernah merasa susah ni akan tolong orang yang susah

Tabik sebab tak semua orang mampu buat

Aku pernah tolak motor macam ni..

Aku doa nak jadi orang lebih baik macam dia

Sumber: Twitter Nabil Naqiuddin

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.