Siakap Keli
Gambar Hiasan

Bunuh Isteri Dan Anak, Pemandu Lori Diarah Bela Diri

SHAH ALAM, 17 Julai  — Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan seorang pemandu lori membela diri terhadap pertuduhan membunuh isteri dan bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa dalam keputusannya berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Satvender Singh, 34  serta menetapkan 7 dan 8 Sept ini untuk perbicaraan.

Satvender didakwa membunuh D. Kamaljit, 34 dan bayinya Ishilyn Kaur Sandhu antara 3.55 pagi dan 4.15 pagi di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Rawang Perdana 2, Rawang pada 14 April 2016.

Dia didituduh menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Ketika membuat keputusan itu, hakim berkata terdapat elemen-elemen penting yang berjaya dibuktikan pihak pendakwaan menerusi 16 saksi yang dipanggil memberi keterangan, antaranya  penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) milik tertuduh pada kuku mangsa (isteri).

Selain itu, pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia juga memberitahu tidak berlaku kejadian pecah rumah di tempat kejadian berdasarkan siasatan yang dilakukan, katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mahadhir Mohd Khairudin sementara tertuduh diwakili peguam Datuk Rajpal Singh.

Sumbet: BERNAMA

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.