Siakap Keli

Lebih 12 Jam Pembedahan, Doktor Di Vietnam Berjaya Pisahkan Bayi Kembar Siam Bercantum Di Pinggul

Bayi kembar siam berusia 13 bulan yang bercantum di bahagian pinggul berjaya dipisahkan melalui pembedahan oleh sekumpulan doktor di Vietnam.

Pasangan kembar siam tersebut yang bernama Truc Chi dan Dieu Nhi menujukkan tindak balas yang baik selepas berada di dalam bilik pembedahan selama 12 jam dengan 100 orang pakar dari bidang perubatan yang berkerja keras memisahkan mereka di Hsopital Kanak-Kanak di Bandar Ho Chi Minh.

Mereka akan berada di bawah pengawasan yang teliti oleh doktor selama lebih 3 bulan untuk membantu bayi menyesuaikan diri dalam keadaan yang baru.

Sebelum ini kembar tersebut dilahirkan melalui pembedahan ceaser pada usia 33 minggu selepas doktor mengesan mereka bercantum di bahagian pelvis. Salah seorang kembar tersebut terpaksa berbaring pada setiap masa dan memerlukan pemantauan yang berterusan.

Pengarah hospital, Truaong Quang berkata, “Sehingga kini, pembedahan memisahkan kembar siam ini dianggap sebagai pembedahan yang berjaya.”

Walau bagaiamanapun, proses pemulihan akan menjadi lebih sukar dan mencabar bagi kakitangan hospital. Mereka juga akan memerlukan lebih banyak pembedahan susulan seperti pembedahan plastik.

“Kami akan fokus dan melakukan segalanya untuk memastikan memandangkan ia adalah kejayaan terbesar bagi hospital ini,” tambah beliau.

Pasukan doktor yang dianggotai seramai 9 pakar perubutan telah merancang pembedahan tersebut sejak kembar itu dilahirkan pada Jun 2019. Salah seorang pakar dalam misi tersebut, Professor tran Dong sebelum ini berjaya melakukan pembedahan memisahkan pasangan kembar pada tahun 1988. Menurut beliau, kejayaan ini kerana teknik perubatan yang bagus dan teknologi perubatan yang sudah membangun.

Pembedahan memisahkan kembar siam ini merupakan salah satu kejayan dalam bidang perubatan negara dan mendapat perhatian dari Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc yang menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan perubatan yang berjaya memberi masa depan yang cerah terhadap kembar siam tersebut.

Sumber: Dailymail

 

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.