Kucing, haiwan yang paling disayangi dan disukai oleh ramai orang. Sifat nakal dan manjanya membuatkan ramai pemilik kucing menganggap haiwan peliharaan seperti ahli keluarga sendiri.
Disebabkan itu apabila kucing yang dipelihara mati, pemilik kucing akan merasa sedih yang teramat ditambah jika haiwan yang dipelihara dalam keadaan sihat, pergi secara tiba-tiba.
Seperti perkongsian oleh seoarang pengguna Twitter @iyadbahaman, apabila kucing peliharaannya yang diberi nama ‘Katek’ maut akibat terkena renjatan eletrik.
Lebih meruntun hati, apabila haiwan itu dilihat berada dalam keadaan kaku dengan kaki yang diletakkan di atas wayar selain setengah daripada badannya berada dalam kotak fius.
Kucing kesayangan aku mati
Gais doakn kucing kesayangan aku mati kene renjatan elektrikk
Katek😭😭😭 pic.twitter.com/UwejU2izqu
— bluekkk (@iyadbahaman) July 15, 2020
Rata-rata warganet yang merupakan pencinta kucing membanjiri ruangan komen dengan melahirkan rasa sedih mereka di atas kejadian tersebut.
Kematian kucing tersebut disifatkan sebagai tragis dan mengharapkan pemiliknya supaya tabah kerana kehilangan haiwan kesayangan begitu menyakitkan perasaan.
Tragisnya meow ni mati
Dah mati macam tu, mana tak sedih
Doa jumpa Katek di syurga nanti
Sedihnya, mesti kes tangkap cicak
Sumber: Twitter @iyadbahaman