Tidak lengkap rasanya jika tidak meletakkan sebarang perabot baharu apabila mengubahsuai rumah.
Namun, tidak perlu pening memikirkan untuk membeli perabot tersebut kerana terkadang sebarang perabot yang lama juga boleh diubahsuai semula dengan hasil yang sangat mengagumkan sama seperti ia dibeli di kedai.
Sama seperti yang dilakukan oleh Intan Nasirah yang membuat sendiri meja makan menggunakan meja yang lama namun dengan sentuhan perincian yang baharu.
Hanya menggunakan beberapa bahan mudah, hasilnya tampak mengagumkan dan lebih kemas untuk diletakkan di ruang makan.
Ikuti perkongsian Intan Nasirah di bawah ini bagi melihat hasil membuat meja makan tersebut.
Salam.. saja nak share saya buat DIY meja makan.. asal meja nie owner lama punya.. sebab masih kukuh dan elok rasa sayang plak nak buang.. jadi saya transform bagi nampak baru…
Asal meja warna nie..
Cat kaki dia guna balance cat dinding..
Balut dengar wallpaper marble.. waterproof
Dapatkan ‘wallpaper marble’ seperti dalam gambar di SINI.
lapik dengan PVC tablecloth
PVC ‘Tablecloth’ seperti dalam gambar boleh dibeli di SINI.
kerusi masa nie masih carca marba lagi.. 2x pergi Ikea cari kerusi ADDA tapi out of stock..
Akhirnya dapat juga kerusi ADDA nie pun stock dah xbanyak..
Kerusi seperti di dalam gambar juga boleh didapatkan di SINI.
Sumber:Intan Nasirah Via Kelab Kaki Deco Kaison, Ikea, Romantika, Eco dan Mr DIY