Siakap Keli

“Semoga Allah Memuliakan Kamu Brader”, Viral Foto Lelaki Gigih Bagi Makan Kucing Atas Bumbung

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kucing sememangnya haiwan yang paling disayangi dan disukai oleh ramai orang, lebih-lebih lagi kecomelan dan sifat mereka yang manja pasti berjaya mencairkan hati sesiapa saja yang melihat. Lebih-lebih lagi si pencinta kucing yang pastinya rumah mereka dipenuhi dengan kucing yang dipelihara.

Malah, nasib kucing liar yang berada di kaki lima juga tidak dirisaukan dengan adanya pencinta kucing yang sanggup berkongsi kasih dan memberikan makanan kepada meraka.

Islam juga menyarankan untuk kita menjaga kebajikan haiwan, malah kita tidak sedar ganjaran yang kita terima apabila berkongsi dengan haiwna kesayangan Rasulullah ini.

Satu perkongsian di laman Facebook menceritakan tentang seroang lelaki sanggup memanjat motorsikal untuk memberikan makanan kepada kucing yang dipercayai tinggal di atas bumbung tersebut. Melalui perkongsian Azizan Buyong, sebelum lelaki itu datang dengan menaiki motorsikal , kucing liar tersebut berkumpul di atas bumbung seperti menantikan kehadiran lelaki itu.

Ikuti perkongsian beliau.

Petang kelmarin. Di lorong tepi Kompleks Campbell Jalan Dang Wangi. Sedang aku asyik menunggu di dalam kereta, tiba-tiba empat ekor kucing geladangan muncul berkumpul di atas bumbung itu seperti menantikan sesuatu. Tidak lama kemudian, muncul brader menunggang motor Honda Ex-5.

Brader itu mengeluarkan kertas suratkhabar, melipat kecil-kecil dan mengoyakkan suratkhabar itu mengikut lipatan. Dia mengeluarkan makanan kucing 4 pek Whiskas Wet (berharga sekitar RM1.30 satu pek di Shoppe). Dihidangkan di atas kertas suratkhabar yang dikoyak kecil tadi sebagai pinggan makanan kepada kesemua kucing di atas bumbung itu dan kelihatan dia berbual-bual dengan kucing-kucing itu sebelum beredar.

Tak tahu berapa banyak kucing di tempat lain menunggu brader ini kerana aku yakin dalam bakul motor itu adalah makanan kucing. Sejujurnya kos harian makanan kucing itu membolehkan dia membayar ansuran bulanan motor Ysuku jika dia mahu. Semoga Allah memuliakan kamu brader.

Aku hairan bagaimana ada manusia tercetusnya idea ‘memandikan’ tiga ekor kucing dalam mesin dobi yang akan dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Sumber: Azizan Buyong

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.