Siakap Keli

(Video) Lelaki Ini Puas Hati Dapat ‘Renovate’ Rumah Arwah Mak Dari Teres Biasa Jadi Macam Kondo Mewah

Siapa sangka rumah usang peninggalan mak ayah bertukar bagai rumah yang mewah dan elegen. Kalau dah tangan kreatif dan idea yang inovasi, memang mudah untuk capai sebuah rumah idaman korang.

Perkongsian ini daripada seorang lelaki melalui laman Facebooknya, Farziehan Surf berkongsi idea dan modal yang dikeluarkan untuk renovasi sebuah rumah teres usang menjadi sebuah kondo mewah. Percaya atau tak, korang kena baca dan lihat sendiri transformasi yang dilakukan oleh lelaki ini tanpa upah ‘interior designer’ untuk rumahnya.

Ramai yang pm saya minta share video keseluruhan dan share berapa costing renovate semula dan kos saya deco sendiri rumah ini tanpa menggunakan khidmat Interior Designer luar, masa posting yang pertama semalam..

Boleh dapatkan barang deko rumah di SINI

Alhamdulillah viral jugak lah di beberapa group deco, lebih 10k likes. Terima kasih semua jika berkenan cara saya renovate semula dan deco. Saya deco ikut konsep yang saya suka. Rumah ini area di Kedah.

Saya akan share serba sedikit tentang rumah ini dan kos reno dan deco. Niat tiada apa-apa. Hanya sekadar berkongsi sesama kita yang meminati seni reka bentuk dan hiasan dalaman kan.

Gambar rumah sebelum direnovasikan dan direka hiasan dalaman

Boleh dapatkan barang deko rumah di SINI

Boleh dapatkan barang deko rumah di SINI

Boleh dapatkan barang deko rumah di SINI

Kos untuk reno sahaja habis hampir 85k. Saya perbaiki hampir keseluruhan rumah ini. Rumah ini pun dah terlalu usang, sudah hampir 40 tahun termasuk piping dan wiring semua kena buat baru. Tambah lagi, dinding terpaksa di’skim’ semula termasuk lantai keseluruhan baru.

Untuk kos deco termasuk perabot, lampu, aircond, hiasan kecil-kecil,langsir, divider dan lain lain hampir 55k. Deco 100% saya buat sendiri. Saya nak uji kemampuan saya dalam bidang ini pulak dan inilah hasilnya.Untuk perabot saya banyak beli dari SSF dan juga IKEA. Jenuh juga berulang alik pergi ke sana untuk cari barang dan konsep yang kita nak.

Nasihat saya nak deco perlu sabar cari barang. Jangan gopoh-gapah sebab deco perlu ada konsep, bukan main tibai ja.

Langsir saya tempah dengan kedai area sini. Warna langsir itu Tiffany blue atau dipanggil Baby blue. Bunga pun saya gubah sendiri, gubah cara orang bujang.

Divider saya tempah dengan tukang wardrobe. Material kayu, kos untuk 3 jenis divider hampir 9k. Sebab ramai yang pm tanya, saya share lah. Design divider saya reka sendiri. Saya bosan divider pattern sekarang cuma batang kayu didirikan tegak. So, old scool kot jadi saya create design sendiri.

Bilik tidur

Dapur rumah

Boleh dapatkan barang deko rumah di SINI

Cat rumah warna putih krim. Luar biru, jenama jotun kot tak salah saya. Warna pintu grey, warna putih kebiasaan orang letak coklat atau putih kan. Tapi saya minta nak lain sikit, nak color grey. Alhamdullillah nampak cun kan.

Ok lah, itu serba sedikit tentang rumah pusaka arwah ibu saya ini. Semoga boleh jadi inspirasi kawan-kawan semua untuk reno dan deco rumah anda supaya jadi lebih umppphh lagi kan.

Boleh dapatkan barang deko rumah di SINI

 

Sumber: Farziehan Surf

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang