Siakap Keli

Yoodo Gank Catat Hatrik ‘Chicken Dinner’ Dalam 3 Perlawanan Pertama Liga Dunia PUBG Mobile

Yoodo Gank yang mewakili Malaysia dalam PUBG Mobile World League (PMWL) ketika ini telah melakar hatrik Chicken Dinner dalam 3 permainan pertama sebentar tadi.

Liga Dunia baru sahaja bermula dan Yoodo Gank telah membuat kejutan yang sangat luar biasa. Yoodo Gank mendapat Chicken Dinner  di 3 peta iaitu Erangel, Vikendi dan Miramar.

Sebentar lagi ada dua lagi game untuk hari pertama hari ini. Semoga Yoodo Gank berjaya mencatat Chicken Dinner sekali lagi dan harumkan nama Malaysia.

Selepas 3 perlawanan, Yoodo Gank menduduki tempat pertama. Yoodo Gank diwakili oleh empat pemain hebat iaitu Draxx, Fredo, Jumper dan diketuai oleh Man Parang.

Satu lagi pasukan dari Malaysia iaitu team Secret juga sedang berentap dalam liga dunia ini.

Sumber: WTM Today

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)