Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Google

Waspada, Amaran Ribut Petir Bagi Beberapa Kawasan Di Seluruh Malaysia Sehingga Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 5 petang ini.

Amaran yang dikeluarkan pada pukul 2.10 petang tadi melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Antara negeri yang dijangka dibadai ribut petir sehingga jam 5 petang ini adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 5 petang ini:

Perlis

Kedah

Pulau Pinang

Perak

Kelantan: (Kuala Krai)

Terengganu: (Besut, Marang, Dungun dan Kemaman)

Pahang: (Tanah Tinggi Cameron, Kuantan, Pekan dan Rompin)

Selangor: (Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling)

WP Kuala Lumpur

Negeri Sembilan (Seremban dan Port Dickson)

Melaka

Johor: (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru)

Sarawak: Sri Aman, Sibu (Sibu dan Selangau) dan Mukah (Matu, Dalat dan Mukah)

Sabah: Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan)

Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka berlaku ribut petir.

Sumber: Malaysian Meteorological Department

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa