Siakap Keli

Pelaku Dicari, Rakaman Kucing Dibakar Undang Kemarahan Orang Ramai

Sejak kebelakangan ini, banyak kes yang melibatkan penganiayaan terhadap haiwan berlaku dalam masyarakat kita.

Menerusi satu perkongsian di halaman Facebook Persatuan Haiwan Malaysia, seekor kucing dipercayai telah dibakar hidup-hidup dengan kejam dan zalim oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Video kejadian yang turut dikongsikan oleh halaman Facebook persatuan berkenaan juga turut telah tular di media sosial. Rakaman tersebut bagaimanapun telah mengundang kemarahan orang ramai terutamanya dalam golongan warganet yang menonton rakaman tersebut.

Menurut Animal Malaysia, kucing tersebut telah dicurahkan dengan minyak api dan dibakar menggunakan pemetik api. Mereka kini sedang giat mengumpul maklumat terhadap insiden terbabit.

Walaupun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada insiden tersebut berlaku di negara ini atau pun tidak.

Dalam pada itu, pihak Animal Malaysia juga turut menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak RM10,000.00 kepada pemberi maklumat yang lengkap dalam usaha mengesan dan menghadapkan si pelaku ke muka pengadilan.

Penyaluran maklumat kepada Animal Malaysia boleh dibuat menerusi aplikasi Whatsapp kepada nombor +601120901097 dan identiti pengadu akan dijamin terlindung sepenuhnya.

Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa