Siakap Keli

Rumah Hantu ‘Drive Thru’ Diperkenalkan Di Jepun, Siap Boleh Simbah ‘Darah Palsu’ Pada Kereta

Sejak penularan wabak Covid-19, kebanyakan aktiviti dilakukan dengan menggunakan pendekatan ‘drive thru’. Kini, satu syarikat produksi Kowogarasetai turut mengambil pendekatan yang sama dan menerapkannya pada rumah hantu yang terletak di Minato-ku, Tokyo untuk menyampaikan hiburan dengan cara yang selamat kepada orang ramai. Ini merupakan rumah hantu ‘drive thru’ yang pertama di Jepun.

Para pengunjung yang memasuki rumah hantu perlu kekal berada di dalam kereta sehingga ke akhirnya dan tidak dapat ‘melarikan diri’, kereta pengunjung turut dimainkan cerita hantu melalui radio kereta dan pengunjung akan dikejutkan dengan kehadiran zombie, hantu dan mahkluk lain untuk menjadikannya lebih menakutkan.

memandu di rumah berhantu

Sejak dilancarkan, rumah hantu ‘drive thru’ ini berjaya menghabiskan slot yang dijadualkan dengan cepat kerana kejayaannya syarikat produksi telah bercadang untuk menambah lebih banyak slot, waktu dan tarikh bagi pengunjung.

Para pengunjung yang ingin merasai pengalaman tersebut perlu membayar harga 8000 yen (RM320) bagi satu kereta. Namun, jika pengunjung ingin merasakan pengalaman yang lebih dasyat, dimana kereta akan disimbah darah palsu, pengunjung perlu menambah harga 1000 yen (RM40) dan sekiranya pengunjung tidak mempunyai kereta, pengunjung boleh menyewanya.

Sumber: Insider

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa