Siakap Keli
Gambar Via Bernama

TERKINI: Tiga Lagi Kluster Baharu COVID-19 Dikesan, Termasuk Kluster Restoran Kuala Lumpur

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan bahawa terdapat tiga kluster baharu telah dikesan iaitu Kluster Rumah Kongsi Sepang, Kluster Restoran Kuala Lumpur dan Kluster Jeti Kuching.

Menurutnya kenyataan yang dikeluarkan, Kluster Rumah Kongsi Sepang memperlihatkan 96 pekerja telah disaring. 2 orang disahkan positif manakala 94 lagi negatif Covid-19.

1 kes daripada Kluster Rumah Kongsi Sepang. Kluster ini dikesan di sebuah tapak pembinaan di Sepang, Selangor. 

Kluster Restoran Kuala Lumpur pula menyaksikan 250 individu telah disaring yang melibatkan 14 pekerja restoran dan 236 orang pelanggan. 2 disahkan positif manakala 248 lagi negatif.

1 kes daripada Kluster Restoran Kuala Lumpur. Kluster ini dikesan di sebuah restoran di Brickfields, WP Kuala Lumpur, iaitu hasil saringan rawak di lapangan oleh Pejabat Kesihatan Daerah.

Selain itu, Kluster Jeti Kuching pula melibatkan 25 orang nelayan telah disaring. 2 disahkan positif manakala 23 lagi negatif.

1 kes daripada Kluster Jeti Kuching. Kluster ini dikesan di Sarawak. 

Menurut kenyataan akhbar KKM, ketiga-tiga kluster tersebut masih lagi sedang disiasat.

Sumber: KKMPutrajaya

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa