Siakap Keli

(Video) “Reaksinya Jelaskan Segalanya,” Suami Dapat Kejutan Dari Isteri, Nama Terpampang Dalam Geran Motosikal

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siapa sahaja yang tidak menyukakan kejutan bukan? Lebih-lebih lagi kejutan itu telah dibuat dan dirancang oleh orang yang paling kita sayang.

Baru-baru ini, tular satu video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama @mhdzzu berkenaan dengan seorang isteri yang membuat kejutan ke atas suaminya.

Dalam video tersebut, isteri kepada lelaki berkenaan telah membuat kejutan terhadap suaminya dengan namanya di dalam geran motosikal.

“Reaksinya jelaskan segalanya”

Lebih mengharukan, reaksi yang ditunjukkan oleh suaminya itu tampak seolah-olah tidak mempercayainya dan sangat menghargai usaha isterinya itu.

Menurut perkongsian tersebut, lelaki itu sering datang ke kedai untuk melihat motosikal-motosikal yang terdapat di situ. Namun, tanpa dijangka dia mendapat kejutan daripada isteri tersayang.

Warganet yang menonton video tersebut juga turut memberikan pelbagai reaksi positif.

Sumber: @mhdzzu

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa