Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Anggota Polis Terlibat Dengan Op Benteng Covid-19 Maut Dipercayai Tembak Diri Sendiri

LUMUT, 20 Julai (Bernama) — Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) maut dipercayai menembak diri sendiri dalam kejadian di Berek Polis, dekat sini, malam tadi.

Difahamkan, yang mangsa bertugas di Batalion 18 Senoi Praaq, Pangkalan Hulu dan terlibat dengan Op Benteng COVID-19 di Manjung,  dipercayai menembak diri sendiri di bahagian kepala menggunakan senjata api jenis M14 pada jam 9.25 malam.

Mangsa telah dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia pada jam10.30 malam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Nor Omar Sappi, ketika dihubungi, mengesahkan insiden itu tanpa memberikan maklumat terperinci dan berkata pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut.

— BERNAMA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.