Siakap Keli

Helikopter Terhempas Di Laut Caribbean, Dua Tentera Belanda Maut

MOSCOW, 20 Julai  — Sebuah helikopter tentera Belanda terhempas di Laut Carribean berhampiran Aruba, mengorbankan dua anak kapal.

Agensi berita Sputnik, memetik berita penyiar NOS negara itu, melaporkan helikopter NH90 itu terhempas di antara kepulauan Aruba dan Curacoa, kira-kira 12.5 kilometer dari pantai pada Ahad petang.

Nahas meragut nyawa juruterbang Chritine Marten, 34 dan penyelaras taktikal Erwin Warnies, 33. Dua lagi anak kapal cedera ringan, kata penyiar itu.

Sumber: Bernama

Nor Azilah