Siakap Keli

Konsisten Amal Diet Ini, Gadis Dedah Berjaya Turunkan Berat Dari 114kg Turun Ke 60kg

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mendapatkan tubuh yang langsing merupakan impian bagi semua orang tidak kira lelaki mahupun wanita. Namun memulakan diet merupakan hal yang sukar lebih-lebih lagi banyak makanan yang sedap dan menyelerakan senang untuk didapati pada masa kini.

Namun, menurunkan berat badan secara sihat memakan masa yang lama. Malah ada yang terpaksa diet selama bertahun-tahun untuk mendapatkan berat yang ideal. Oleh itu ramai yang mencari jalan yang singkat dengan mengamalkan ubat kurus walaupun sudah di momokkan dengan kesan buruk kepada kesihatan dalam jangka masa yang panjang.

Menerusi perkongsian di Group Diet Suku Suku Separuh, seorang gadis membuktikan diet sihat yang makan masa yang lama bukanlah penghalang untuk mendapatkan berat yang diidamkan. Berjaya menurunkan berat lebih 50 kg menjadi inspirasi kepada ramai orang yang bercita-cita untuk menurunkan berat badan di samping menjaga kesihatan tubuh. Ikuti perkongsian Syaidatul Shimah Saayah

Saya mula dengan 114kg. Turun ke 74 kg. Naik semula ke 83kg. Turun semula ke 60kg

Tinggi 152cm. Mula umur 18 tahun dan kini saya 24 tahun

Ingat, kalau dah mula, habiskan. Kalau letih rehat, bukan berhenti. Selagi masih ada nafas maksudnya kita masih diberi peluang. Lalui hari-hari dietmu dengan indah. Kalau gagal harini, esok cuba lagi.

Mula dengan Atkins, dan sekarang Diet Suku Suku Separuh untuk ke ideal dan seterusnya fasa maintain. Goodluck semua.

Menerusi perkongsian gadis ini perjalanan menurunkan berat badan dimulai dengan diet Atkins dan seterusnya mengamalkan diet suku-suku separuh dalam fasa mengekalkan berat badan dan menjadikannya gaya hidup yang baru.

Sebelum 114 kg

Selepas 60 kg

Jika anda nak tahu, kedua-dua diet ini sangat popular dikalangan orang ramai lebih-lebih lagi ramai yang berjaya menurunkan berat badan sehingga mendapat tubuh yang ideal. Deit Atkins merupakan corak pemakanan yang menghadkan pengambilan karbohidrat. Dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat pembakaran lemak bakal terjadi dan ditukarkan sebagai tenaga.

Manakala, konsep diet suku suku separuh ini adalah suku bahagian diisini dengan sumber karbohidrat, suku lagi sumber protein manakala separuh pinggin diisi dengan buah dan sayuran.

Kedua-dua diet ini diperakui oleh ramai dietitian sebagai corak pemakan yang sihat. Malah KKM sendiri melancarkan kempen #sukussuku separuh sejak 2017 lagi.

Sumber: Syaidatul Shimah Saayah

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.