Siakap Keli

Mural Wajah Wira-Wira Negara Termasuk Lukisan Wajah YDP Agong Diconteng Serta Ditulis Kata-Kata Kesat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Beberapa minggu lalu, lukisan mural wajah wira negara yang bekerja keras untuk mengendali krisis Covid-19 di negara kita, dilukis oleh anak Terengganu, Suhaimi Ali di Taman Cahaya Alam seksyen U12, Shah Alam, menjadi tular dan mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia.

Malah, YDP Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan berangkat ke kawasan tersebut lagi bagi menyaksikan lukisan mural gergasi potret pemimpin negara termasuk potret Baginda itu.

Namun malangnya, menerusi perkongsian terkini oleh seorang individu di Twitter, lukisan mural itu telah dirosakkan oleh segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab.

Mereka bukan sahaja menconteng wajah semua wira negara tetapi turut menulis perkataan kesat termasuk di wajah YDPA yang secara jelas telah melanggar undang-undang negara.

Busuknya hati

 

Menurut Mr James, dia yang kini berada di lokasi pada jam 10.30 tadi, mengesahkan pihak polis bersama media dan pelukis mural telah sampai ke tempat kejadian.

Laporan polis juga telah dibuat dan kini siasatan sedang dijalankan bagi menangkap pelaku yang tidak bertanggungjawab.

Warganet yang membanjiri ruangan komen menzahirkan rasa amarah mereka akan kejadian tersebut dan menyifatkan ianya sebagai bentuk penghinaan kepada negara.

Malah, mereka meminta tindakan tegas diambil kepada pelaku dan berharap hukuman sewajarnya diajtuhkan ke atas mereka.

Kalau tak suka kerajaan bukan balas kat orang lain

Hancur hati tengok

Biadap yang conteng ni

Ini satu penghinaan

Dikira hina YDPA, lucut saja warganegara

Sumber: Twitter @MrJamesLabu

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.