Siakap Keli
Foto: Suhaimi Ali

(Video) “Hero Is Gone, Terima Kasih Support Bakat Saya,” Pelukis Mural Sedih Karya Terpaksa Dipadam

Susulan daripada tular isu individu yang tidak bertanggungjawab merosakkan lukisan mural wajah-wajah wira negara dengan perkataan kesat, MBSA mengambil tindakan untuk membuang lukisan tersebut untuk mengelakkan perkara yang tidak diingin berlaku sekali lagi.

Menerusi satu kiriman daripada laman Facebook pelukis mural tersebut, Suhaimi Ali kecewa dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyokong bakat dan lukisan tersebut sepanjang ia berada di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam.

“Hero is gone, terima kasih semua”

Assalamualaikum semua..di sini saya nak ucapkan terima kasih sebab support bakat saya..dan bagi saya tunjuk bakat pada semua..dan saya mintak maaf..tiada lagi mural di u12,..untuk org datang bergambar..

“Hero is Gone”

Terima kasih semua..

Menerusi papran video tersebut, menunjukkan pihak berkuasa sedang mengecat lukisan tersebut kepada warna putih untuk menutup perkataan kesat dan lukisan tersebut.

Bagaimanapun, orang ramai memberi semangat kepada pelukis muda ini di dalam ruangan komen Facebooknya.

 

Sumber: Suhaimi Ali

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang