Siakap Keli

(Video) Kes Conteng: MBSA Padam Keseluruhan Mural Wajah-Wajah Pemimpin Negara

Sebentar tadi tular di media sosial apabila lukisan mural pemimpin-pemimpin utama negara termasuk wajah YDP Agong telah diconteng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab serta menulis kata-kata kesat terhadap lukisan tersebut.

Situasi terkini kejadian berkenaan, Majlis Bandaraya Shah Alam bertindak pantas dengan memadam keseluruhan lukisan tersebut menggunakan cat berwarna putih.

Kawasan tersebut juga dikelilingi dengan garisan polis. Semoga kes ini dapat diselesaikan dan si pelaku menerima hukuman yang sewajarnya.

Lukisan mural gergasi itu dilukis oleh Suhaimi Ali bagi menghargai jasa pemimpin-pemimpin negara yang bertungkus-lumus mentadbir negara yang sedang berperang dengan pandemik Covid-19 tapi kini semuanya tinggal kenangan apabila lukisan tersebut telah dipadam selepas menjadi sasaran pelaku vandalisme.

Sumber: Friends of PDRM, Bernama TV

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)