Siakap Keli
Foto: Ustaz Ebit Lew

Ayah Menangis Rindukan Arwah Isteri, Doa Ibu Bapa Jadi Kekuatan Ustaz Ebit Lew

Disaat kegembiraan disambut sempena pembukaan awal kedai runcit untuk membantu masyarakat yang kurang kemampuan, kita terlupa tentang kisah jatuh bangun seseorang. Seperti perkongsian daripada Ustaz Ebit Lew tentang berkat doa seorang anak kepada kedua ibu bapanya yang membuatkan dia berjaya hingga ke hari ini.

Tetapi, ada terselit kisah sedih kejayaan ini tidak dapat dikongsi bersama ibu tercinta. kasih ibu membawa ke Syurga. Ayah Ebit Lew, Ibrahim Lew yang merindukan isterinya yang telah meninggal dunia.

“Bisiknya jika mak ada mesti dia gembira sangatkan anakku”

Tadi berbual dengan ayah saya. Bisiknya jika mak ada mesti dia gembira sangatkan anakku. Dia menangis rindukan mak saya.

Saya kata padanya. Itulah kekuatan ebit doa bapak dan mak dulu lagi. Sebenarnya, semua yang kita peroleh hari ini mak lebih dapat kerana ebit niat setiap kebaikan ebit hadiahkan buat mak.

Itulah ayah saya kisah cintanya pada mak saya. Kasih sayangnya. Dialah ayah yang tak bercakap banyak sangat tapi kasih sayangnya pada anak. Kata-katanya sumber kekuatan dalam hidup saya. Ya Allah jagakanlah mak disana. Berilah ayah saya sentiasa sihat dan bahagia. Gunakanlah kami semua jadi matahari kebaikan.

Gambaran ini sangat menyentuh hati saat anak dan bapa bersama memberi nasihat dan merindui cinta hati mereka. Jika arwah masih ada, mesti beliau berbangga dengan anaknya ini.

Sumber: Ustaz bit Lew

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang