Siakap Keli
Kredit gambar: Looking Property 88

Gangguan Bekalan Air Di Klang, Kuala Langat Disebabkan Paip Pecah

Kuala Lumpur: Beberapa kawasan di Klang dan Kuala Langat dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan paip pecah di simpang jalan antara Jalan Johan Setia dan Jalan Langat, Klang berikutan tanah mendap yang berlaku di tapak kerja projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3).

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata kejadian pada 4 petang tadi itu berlaku semasa aktiviti ‘boring’ oleh pihak kontraktor di lokasi kejadian.

Beliau berkata, kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air di Klang ialah Bandar Bistari, Batu 5 dan 6 Sijangkang serta Jalan Johan Setia.

”Di Kuala Langat, kawasan yang terlibat ialah seluruh kawasan Sijangkang dan Kampung Medan, Jalan Sijangkang Utama, Eco Sanctuary, Batu 9 Kebun Baru, Taman Perwira, Taman Seri Medan, Taman Sijangkang Jaya dan Tropicana Aman,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Elina berkata bantuan air melalui lori-lori tangki ke kawasan terlibat digerakkan bagi membantu pengguna yang terjejas.

— BERNAMA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.