Siakap Keli

Lagi Tular Foto Individu Bergelang Pink Dipercayai Berada Di Tempat Awam

Selepas tular gambar seorang wanita memakai gelang kuarantin di sebuah restoran semalam, kini seorang lelaki menjadi perhatian didakwa melanggar kuarantin.

Dalam satu gambar dikongsikan di media sosial, seorang pemuda mendakwa melihat individu berkenaan di sebuah kopitiam di Desa Sri Hartamas.

Menyifatkan individu tersebut sebagai degil, pemuda berkenaan kemudiannya meninggalkan tempat tersebut dan melaporkan kepada pihak polis.

“Lokasi kopitiam dekat Desa Sri Hartamas. Aku terus blah sebab l**** biasanya tak dengar cakap manusia,” tulisnya.

Perkongsian tersebut semestinya menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan warga maya.

“Dipohon pihak KKM, Majlis Keselamatan Negara dan PDRM mengambil tindakan ke atas individu COVID19 dan pemilik kedai makanan ini.

“Perkara ini dipandang serius selagi ada kes penularan yang tidak pernah habis & boleh mengancam nyawa orang sekeliling. Terima kasih,” tulis @Adriendarien.

Susulan kes beberapa individu yang tidak mematuhi arahan kuarantin, kerajaan telah mengumumkan bahawa tiada lagi kuarantin sendiri di rumah. Sebaliknya, individu yang baru pulang dari luar negara akan dikumpul di pusat kuarantin bermula Jumaat ini.

Sumber: Isaac Osman, Bernama

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.