Siakap Keli
Gambar: DBKL

Makanan Atas Lantai Kotor & Gaji Pekerja Asing Tiada Suntikan Tifoid, Kilang Tempe Di Batu Caves Diarah Tutup

PUTRAJAYA, 21 Julai – Sebuah kilang memproses tempe di Batu Caves diarah ditutup berikutan beroperasi dalam keadaan kotor dan menjijikkan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi satu kenyataan berkata, hasil pemeriksaan mendapati keadaan kebersihan di premis tersebut tidak memuaskan.

“Bahan mentah dan penyediaan makanan berada di atas lantai, selain lantai yang basah, kotor dengan sisa makanan serta dinding tempat penyediaan makanan turut kotor dan berdaki hitam.

“Peralatan serta kelengkapan pemprosesan makanan juga didapati dalam keadaan kotor dan usang,” kata kenyataan tersebut, hari ini.

Gambar: DBKL

Dalam pada itu, didapati kain alas makanan juga tidak diganti, selain tong cat terpakai digunakan dalam kerja-kerja pemprosesan makanan.

Bukan sahaja kotor, malah operasi oleh Unit Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL itu juga mendapati pekerja-pekerja di sana melanggar peraturan.

“Pengendali makanan seramai empat orang warga asing tidak mempunyai suntikan tifoid.

“Mereka juga tidak memakai penutup kepala, apron dan kasut semasa mengendalikan makanan,” tambah kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu, tindakan Perintah Penutupan Premis di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 berkuatkuasa 21 Julai (hari ini) dikeluarkan.

Orang ramai diminta membuat aduan sekiranya mempunyai maklumat berkaitan kebersihan premis perniagaan kepada Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1-800-88-3255 atau terus ke Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL.

Gambar: DBKL
Gambar: DBKL
Gambar: DBKL
Gambar: DBKL
Gambar: DBKL
Gambar: DBKL
Gambar: DBKL

Sumber: DBKL

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.