Sekumpulan lelaki bersenjata didakwa membunuh tetamu dalam sebuah majlis perkahwinan di negeri Kaduna, utara negeri Nigeria, kata beberapa pegawai pada Isnin lalu.
Beberapa lelaki bersenjata yang menunggang motosikal menyerbu kampung Kukum-Daji di daerah Kaura, Kaduna lewat Ahad lalu dan melepaskan tembakan ke arah para tetamu, kata mereka.
“Lelaki-lelaki yang bersenjata telah membunuh 18 orang di pesta perkahwinan dan mencederakan 30 yang lain, kebanyakan mereka adalah pemuda,” kata Bege Katuka Ayuba, ketua pentadbiran daerah itu
“Lima belas mati di tempat kejadian sementara tiga lagi meninggal dunia di hospital,” katanya.
Masih tidak jelas siapa yang berada di belakang serangan itu tetapi ia merupakan kawasan panas keganasan antara kumpulan pengembala Muslim Fulani dengan petani etnik Kristian.
Jurucakap polis mengesahkan serangan tersebut tanpa memberikan sebarang angka kematian atau kecederaan.
“Terdapat laporan mengenai kehilangan nyawa dalam serangan tersebut tetapi kami tidak mempunyai angka kematian atau kecederaan yang pasti,” kata Mohammed Jalinge.
Kawasan Kaduna Selatan yang terutama beragama Kristian telah dilanda oleh perselisihan lama antara petani dan penggembala mengenai hak meragut dan air.
Sejak kebelakangan ini telah terjadi peningkatan pembunuhan demi kedua-dua kumpulan, yang mendorong pihak berkuasa negeri untuk memulai gencatan senjata yang tidak berjaya.
Sumber: Deccan Herald.com