Siakap Keli

“Setiap Hari, 3 Biji Pil Ni Aku Kena Makan”, Pemuda Kongsi Cabaran Ada Masalah Bipolar & Depresi

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Masalah gangguan mental bukanlah masalah yang aneh dalam masyarakat, malah masyarakat sudah mula menyedari bahaya penyakit ini yang mempu menganggu kehidupan orang sehingga ada yang mencederakan diri sendiri. Kesedaran ini muncul apabila ia menjadi salah satu penyakit yang dialami oleh ramai orang di Malaysia, lebih-lebih lagi golongan muda yang terdedah dengan banyak faktor sekeliling.

Dalam satu kenyataan akhbar, Kajian Kesihatan Mental Kebangsaan 2017 melaporkan 10 peratus dari 5.5 juta rakyat belia di Malaysia ini pernah terfikir untuk membunuh diri yang melibatkan masalah gangguan mental seperti kemurungan (depression), ketegangan jiwa (stress)  dan kebimbangan melampau (anxiety).

Hal ini membuktikan, masalah mental bukanlah suatu perkara remeh dan perhatian sepenuhnya perlu diberikan kepada pesakit-pesakit yang menghidap penyakit ini. Selain sokongan daripada keluarga terdekat, berjumpa dengan pakar psikiatri dan pengambilan ubat yang berterusan juga sangat penting dalam mengubati masalah ini.

Seorang pengikut pengguna media sosial ada berkongsikan jenis-jenis ubat yang dipreskripsi daripada pakar psikiatri yang membantunya menjalani kehidupan seperti biasa sebagai seorang penghidap penyakit bipolar. Ikuti perkongsian beliau.

 

 

 

Cuma bagi bipolar ni, hati-hati sikit boros salah satu kelemahan kita

Sumber: Twitter

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.