Siakap Keli

TERKINI COVID-19: Satu Kluster Baru Libatkan Petugas Kesihatan Dikesan -KKM

Putrajaya, 21 Julai – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sebuah kluster baru (Kluster Sentosa) melibatkan sebuah hospital di Sarawak.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kes ke-8773 itu melibatkan sebuah hospital di Kuching, Sarawak.

“Petugas kesihatan yang mengalami gejala saluran pernafasan pada 13 Julai 2020 dan dikesan positif COVID-19 pada 19 Julai 2020,” katanya.

Susulan itu, pengesanan kes aktif telah dijalankan.

”Sehingga 21 Julai 2020, 61 orang telah diasingkan dan disaring. Hasil saringan mendapati 5 kes positif dan 56 negatif.

”Ini menjadikan kluster ini mempunyai 5 kes petugas kesihatan dan 1 kes syarikat pembersihan,” kata Dr Noor Hisham.

Kesemua kes sedang dirawat di Hospital Umum Sarawak.

Tambah beliau lagi, perkhidmatan hospital tersebut masih diteruskan, tetapi pesakit dalam tidak diterima manakala pesakit luar dirujuk ke hospital lain.

Punca jangkitan masih dalam siasatan.

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.