Siakap Keli

(Video) Terbaik, Polis Dan ‘Abang’ Rider Selamatkan Monyet Cedera Di Tengah ‘Highway’

Tular satu video dimana anggota polis dan seorang ‘abang’ rider membantu seekor monyet yang mengalami kecederaan akibat dilanggar di sebuah jalan raya yang sesak.

Menerusi rakaman video tersebut, nampak monyet tersebut seakan terkulai lemah di tengah jalan dan beberapa anggota polis cuba untuk selamatkannya. Walaubagaimanapun, monyet tersebut seakan menyerang semula anggota polis kerana ia dalam keadaan ketakutan.

Muncul seorang penunggang motorsikal yang berani dan memeluk haiwan tersebut dan membawa ke arah hutan kecil di tepi jalan raya tersebut.

Bagaimanapun, rata-rata orang ramai memuji dan menyokong tindakan mereka menyelamatkan haiwan tersebut. Ada juga yang memuji sikap pengguna jalan raya yang bersabar ketika menunggu mereka mengalihkan haiwan tersebut.

 

Sumber: Inforoadblock JPJ/Polis

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang