Siakap Keli

Amalkan ‘Suku Suku Separuh’ Dalam Hidangan, Gadis Ini Berjaya Turunkan Berat Badan Lebih 17 Kilogram Dalam Tempoh 4 Bulan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ramai dikalangan kita yang mengimpikan bentuk badan yang ‘ideal’ dan menarik terutamanya bagi kaum wanita di luar sana. Namun, untuk memulakan proses menurunkan berat badan tidak mudah seperti yang disangka. Terkadang, ada yang mengalah dan kembali kepada rutin makanan harian.

Perkara seperti ini terjadi kerana kurangnya motivasi dalam diri. Walau bagaimanapun, zaman teknologi sekarang banyak tip-tip yang dikongsikan orang ramai dan pakar dietitian yang boleh diperolehi dihujung jari. Tetapi, ia bergantung juga dengan keadaan tubuh sendiri.

Menurut satu perkongsian seorang gadis yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 17.7kg dalam masa empat bulan boleh dijadikan panduan untuk sesiapa sahaja yang ada menyimpan hasrat untuk menurunkan berat badan dalam masa terdekat.

Ikuti perkongsian Rose Myza yang berkongsi beberapa tip yang dilakukannya sepanjang empat bulan untuk menurunkan berat badan.

Start diet 10/3/2020- now.
Lost 17.7kg dlm 4 bulan lebih.

Apa yg saya buat dlm 4 bulan nie?

1. Sy cut gula. Sy tak minum manis, minum air masak je. Kalau sy teringin, sy gunakan stevia untuk gantikan gula.

2. Saya dah tak mkn fastfood dan mknan proses. Dlu semgu 3-4 kali order fastfood je. Sbb nk cepat, sbb kerja. Sy jgk kurg makan mknan deep fry.. (Tapi sesekali teringin makan je, lepas tu workout 2 jam 😂)

3. Sy start makan sayur dan buah. Dulunya sy cume makan nasi dan lauk. Lepastu anti pada sayur sbb dari kecik tak minat, jd sy variasikan menu sampai sy suka mkn sayur. Snacking yg dulunya kerepek, coklat sy gantikan dgn buah.

4. Yg pastinya sy amalkan suku-suku separuh setiap hidangan sy. Start diet, sy suka masak sendiri, selain sihat, duit pun jimat.

5. Mula bersukan dan bersenam. Masa MCO hari tu sy workout 2-3jam sehari disbbkan byk masa yg terluang (maklumlah bujang, hehe). Bagi sy workout sgt penting utk fitkan body dan bantu pembakaran kalori dgn lebih byk. Biasanya sy buat kardio dgn body weight training ikut dlm utube je. Klau rajin keluar ,sy akan jogging sorang2.

6. Pada bulan pertama sy kerap amalkan detox. Lepas makan je ambil green tea, klau takde, sy akan gantikan green tea dgn lemon untuk membantu proses pembuangan. Senang lawas..

7. Sy diet seorang diri pada mulanya, xde kwn.. Then, pada satu tahap sy penah rasa down, sbb kurang info diet.. Alhamdulillah, sy jumpa kwn yg sama2 ada impian untuk kurus. Sy ada sokongan dan semangat dekat situ. Terima kasih .

8. Adakalanya klau sy rajin, sy akan buat IF. ikut pada kemampuan masing2.. Sy juga baru belajar diet. Sy buat macam puasa biasa je.

9. Sy cukupkan minum air masak setiap hari 3 liter..

Semuanya bergantung pada diri sendiri. Sy mmg besar dari kecik, xpernah rasa kurus. Berat sy skrg sama masa sy darjah 5.

Sy masih dalam proses penurunan bdan sbb sy masih dalam kategori overweight belum lagi masuk normal.

Doakan saya kuat dan istiqomah ya kawan2 sepejuangan. Sy doakan yg lain juga fit sebelum berakhirnya 2020 nnt.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri, selfie dan telefon

Sumber: Rose Myza

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa