Siakap Keli

Luqman Hakim Sedang Mendahului Undian Anugerah ‘Golden Boy 2020’, Diekori Rapat Dua Pesaing Terdekat

Penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim, yang tercalon dalam anugerah Golden Boy bagi tahun 2020 kini dilaporkan sedang mendahului carta tersebut.

Gambar: Bernama

Luqman kini mendahului carta anugerah berprestij itu dengan mengumpul undian sebanyak 9% diikuti rapat Heorhiy Tsitaishvili (Dynamo Kiev) dan Eduardo Filipe Vieira Coimbra Simões Quaresma (Sporting Lisbon) dengan undian sebanyak 8%.

Sementara itu, pemain bintang Eropah Mason Will John Greenwood (Manchester United) mengumpul 4% undian manakala penyerang sensasi kelab Borussia Dortmund iaitu Erling Haland pula dengan 4%.

 

Antara nama-nama besar lain yang tercalon dalam anugerah tersebut adalah Ansu Fati (Barcelona), Bukayo Saka (Arsenal), Eduard Camavinga (Rennes) dan Alphonso Davies (Bayern Munich).

Bagi memastikan pemain muda negara dapat merangkul anugerah ini, anda boleh memberikan sokongan dengan mengundi di sini.

Sumber: Tuttosport

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa