Mungkin sesetengah orang merasakan bahawa amat sukar untuk mengubahsuai sesebuah rumah yang sempit dan kecil.
Pun begitu, dengan usaha dan idea yang kreatif, ia sememangnya dapat dilakukan dan hasilnya sangat mengagumkan.
Menerusi perkongsian yang dimuatnaik oleh Leila Janne di laman Facebook, beliau menuai pujian daripada orang ramai yang kagum dengan hasil deko di dalam rumahnya walaupun ia hanya rumah kayu setinggan.
Puan Leila yang dihubungi oleh Siakap Keli berkata bahawa dia dan suami mengambil masa selama setahun untuk menyiapkan ruang tamu di rumahnya itu dan siap sepenuhnya pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.
Dengan dinding yang berwarna hijau, deko yang dilakukan olehnya itu memperlihatkan ruang tamu di dalam rumahnya lebih luas dan moden.



Untuk melihat lagi hasil-hasil deko yang dilakukan oleh Puan Leila, ikuti perkongsian di bawah ini.
deko2 raya pkp rumah kayu🏡setinggantq my sis tunjuk ajarku sifu🥰Amnee Jannex lupa sayang Azman Sulaiman😘turut ere bini💚🤍🖤#RAMADHAN25#homesweethome#covid19#stayathome#kitajagakita
Posted by Leila Janne on Sunday, 17 May 2020
Sumber: Leila Janne