Siakap Keli

Pelukis Ini Melukis Dirinya Sendiri ‘Berlapi-lapis’ Dengan Idea Yang Sangat Kreatif

Bercakap tentang karya seni, seni lukisan menjadi salah satu karya seni yang memiliki ramai peminat. Dari segi keindahan dan maksud disebalik sesebuah lukisan, ia menjadi salah satu karya yang boleh dihayati oleh ramai orang di merata tempat.

Banyak lukisan yang menarik yang lahir dari pelukis-pelukis yang tidak dikenali ramai. Seperti baru-baru ini tular di media sosial seorang pelukis @seamusway yang berasal dari Chicago, Amerika Syarikat menjadi bualan ramai apabila dia memuat naik beberapa siri karyanya yang unik dan kreatif.

Seamus menjadi bualan warganet khususnya yang meminati seni lukisan dengan karya terbarunya yang melukis dirinya sendiri sebagai ‘watak’ utama dalam canvas. Tak berhenti dengan hanya satu lukisan, dia melukis diri sendiri yang sedang melukis dirinya sebanyak 4 kali.

Karya unik Seamus ini berjaya menarik perhatian warganet yang rata-rata sangat mengagumi kretiviti dan bakatnya.

Sumber: liputan6.com @seamusway

 

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.