Siakap Keli

Sangat Jarang Ditemui, Penyu ‘Rare’ Berwarna Kuning ‘Muncul’ Di India

Seorang petani di Timur India telah menemui penyu berwarna kuning yang jarang ditemui ketika dia bekerja di ladangnya di desa Sujanpur, di distrik Balasore di Odisha.

Menurut pakar, penyu berkenaan adalah hasil albinisme.

Selepas menemui penyu berkenaan, dia menyerahkannya kepada pegawai hutan. Seorang pengarah eksekutif Association Biodiversity Conversation, yang bertugas untuk melindungi hidupan liar dan habitat memberitahu penyu jenis ini merupakan penemuan pertama kali.

Penyu ini adalah disebabkan oleh albinisme iaitu gangguan kongenital dan ia dicirikan oleh ketiadaan pigmen tirogin sepenuhnya atau sebahagian. Juga, kadang-kadang mutasi boleh berlaku dalam urutan gen atau terdapat kekurangan tirosin.

Penyu flapshell India biasanya terdapat di bahagian Asia Selatan.

Penyu jenis ini turut dikenali sebagai penyu flapshell India, dipercayai berumur kira-kira setahun setengah sehingga dua tahun bagi dewasa. Habitat penyu ini sangat jarang ditemui dan ini merupakan pertama kali di Odisha dan kali kedua di India.

Kebiasaanya, penyu jenis ini biasanya terdapat di Pakistan, Sri Lanka, Nepal, India, Bangladesh dan Myanmar, ia sejenis omnivora dan dietnya terdiri daripada katak, siput dan bahkan beberapa tumbuhan akuatik.

Sumber: CNN

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa