Siakap Keli

TERKINI: 16 Lagi Kes Positif Baharu Termasuk 8 Kes Tempatan & Dua Lagi Kluster Dikesan Hari Ini

Setakat hari ini 22 Julai 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahawa pertambahan seramai 16 kes baharu positif Covid-19 di negara ini. Hal ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 8831. Daripada jumlah tersebut, seramai 142 jkes masih aktif.

Perkara ini dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah melalui laman Twitternya sebentar tadi.

Seramai 4 orang sembuh dan dibenarkan keluar wad. Ini menjadikan jumlah kumulatif untuk kes sembuh meningkat kepada 8566 (96.9%) dengan cacatakan kematian sifar setakat hari ini. Jumlah kumulatif untuk kes kematian kekal kepada 123 (1.39%). Namun, daripada jumlah keseluruhan kes positif Covid-19, terdapat 5 pesakit yang masih dirawat di unit rawatan rapi dan seorang memerlukan bantuan penafasan.

Bagaimanapun, KKM mengesahkan bahawa terdapat dua kluster baharu iaitu Kluster Hyde Park iaitu sebuah kapal di Pelabuhan Klang. Selain itu, Kluster PUI Melbourne.

 

Sumber: Dr Noor Hisham

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang