Siakap Keli

(Video) Detik Mendebarkan Dua Budak Terjun Dari Tingkat 3, Selamat Disambut Oleh Orang Awam

Dua orang kanak-kanak terselamat selepas terjun dari ketinggian 40 kaki dari rumah mereka yang sedang dalam kebakaran.

Detik yang mendebarkan kanak-kanak berusia 3 dan 10 tahun yang berlaku di salah sebuah bangunan kediaman di Perancis Timur itu berjaya dirakamkan oleh orang awam.

Kanak-kanak terebut yang terjun dari aras 3 rumah mereka disambut oleh sekumpulan orang awam yang menyedari tangisan dan teriakan meminta pertolongan dari mereka berdua

Salah seorang orang awam yang benama Athoumani Walid berusia 25 tahun patah tangan selepas menyambut kanak-kanak tersebut.

Menurut Walid “Saya melihat kedua kanak-kanak itu menjerit dari tingkat tiga dan bergegas ke tempat kejadian”.

Kanak-kanak yang berusai 10 tahun itu menjerit mengatakan rumahnya mereka dikunci dari luar oleh ibu bapa mereka yang ketika itu tidak berada di rumah. Dengan asap api yang semakin tebal malah terdapat letupan yang didengari memaksa kanak-kanka lelaki berusa 10 tahun itu menurun adik bongsunya keluar tingkap dan kemudian melepaskannya.

Menurut pihak bomba kedua-dua kanak-kanak itu tidak mengalami kecederaan melainkan sesak nafas akibat asap kebakaran yang tebal.

Siasatan telah dilancarkan bagi mengenalpasti punca kebakaran tersebut dan ibu bapa mereka telah disoal siasat kerana telah meniggalkan kanak-kanak tersebut di rumah tanpa ada penjaga.

Video yang tular itu dikongsikan di laman Twitter dan mendapat respon warganet yang menganggap Walid hero bagi kanak-kanak tersebut.

Sumber: Daily Mail Oumse-Dia

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.