Siakap Keli
gempa bumi alaska
Kredit: Google/Twitter

(Video) Digegarkan Gempa Bumi Kuat, Detik Cemas Penduduk Alaska Dipindahkan Selepas Siren Tsunami Diaktifkan

Alaska, 22 Julai – Satu gempa bumi kuat berskala 7.8 skala richter dilaporkan berlaku di persisiran Alaska pada petang tadi.

Gempa bumi yang berpusat 60 batu (98 kilometer) dari Perryville itu dikatakan berlaku pada kedalaman yang cetek iaitu sekitar 6 batu, bersamaan 10 kilometer dalam.

“Kedalaman di bawah 70 kilometer dianggap cetek,” kata ahli meteorologi CNN, Allison Chinchar.

“Ia penting kerana gempa bumi cetek sering menyebabkan banyak kerosakan berbanding gempa bumi yang lebih dalam, tanpa mengira kekuatan,” katanya.

Beberapa rakaman detik gempa turut dikongsi di media sosial.

Susulan itu, amaran tsunami dikeluarkan ke atas kawasan selatan Alaska.

 

Namun, menurut CNN, amaran tersebut ditarik balik tidak lama kemudian oleh Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan.

Tsunami berisiko terjadi apabila gempa bumi yang berlaku mempunyai magnitud yang tinggi dan berlaku di tempat cetek. Gempa antara 7.6 hingga 7.8 skala richter berpotensi mengakibatkan tsunami yang memusnahkan.

An earthquake with a preliminary magnitude of 7.8 struck off the coast of Alaska early Wednesday morning.

Sumber: CNN, Twitter

Amira

Love yourself.