Siakap Keli

(Video) Nozel Minyak Masih ‘Melekat’ Di Kereta, Wanita Berdepan Detik Cemas Hampir ‘Dilibas’ Hos Nozel Minyak

Satu insiden yang mencemaskan memaparkan sebuah kereta yang berjalan meninggalkan stesen minyak di di Bridgewater, utara Hobart tanpa menanggalkan nozel minyak terlebih dahulu berjaya dirakam kamera rakaman litar tertutup.

Kereta tersebut dipercayai terlupa untuk menanggalkan nozel pam minyak tersebut terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanannya.

Rakaman CCTV memaparkan bagaimana hos nozel tersebut mula meregang sebelum tercabut dari kereta itu dan terpelanting ke belakang sehingga hampir mengenai kepala seorang wanita di stesen minyak tersebut.

Rakaman berkenaan yang kemudiannya disiarkan di internet, menunjukkan mesin minyak itu hampir runtuh ketika pemandu tersebut bergerak meninggalkan pam minyak tersebut.

Dua wanita yang sedang hendak mengisi minyak di tempat kejadian bernasib baik kerana dapat mengelak daripada menjadi mangsa insiden tersebut.

Hos nozel tersebut hampir mengenai kepala seorang wanita lain yang baru ingin membuat pembayaran bagi mengisi minyak keretanya.

Syarikat stesen minyak itu kini sedang mengesan pemandu kereta berkenaan serta wanita terbabit untuk menawarkan pengisian minyak petrol secara percuma.

“Kami mohon maaf atas kejadian buruk yang menimpa anda di premis kami, dan kami ingin menawarkan pengisian minyak petrol secara percuma kepada anda,” tulis stesen minyak tersebut dalam satu kenyataan.

Sumber: Daily mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa