Siakap Keli

Atok Pegang Kadbod Gigih Jual Dadih Depan Maybank Senawang Demi Cari Rezeki Halal

Demi mencari sesuap rezeki yang halal untuk diri dan keluarga, ramai yang bergelut melakukan apa sahaja pekerjaan dengan kudrat yang ada.

Seperti seorang warga emas ini yang gigih mencari pendapatan dengan menjual dadih untuk kelangsungan hidup.

Menerusi perkongsian seoarang individu di Twitter, warga emas berkenaan yang digelar sebagai ‘atok’ dilihat berdiri di tengah panas di samping motosikal yang diisi dengan bekalan dadih yang dibawa.

Sambil mengangkat kadbod kepada orang ramai, Atok dilihat menunggu dengan sabar akan kehadiran pembeli dadihnya.

Moga atok ini murah rezeki

Posting yang mendapat perhatian ramai netizen sehingga menjadi tular di media sosial itu bukan sahaja menyentuh hati netizen, tapi rata-ratanya yang berdekatan turut memberikan sokongan mereka dengan membeli dadih yang dijual atok.

Kami doakan semoga atok dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki selalu. amin.

Haritu di jual bubur sedap

Dadih atok sedap sangat!

Sumber: Twitter @Gebarputih

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.