Siakap Keli

Dipercayai Baru Pulang Dari India, ‘Taukey’ Nasi Kandar Dikompaun Selepas Langgar Arahan Kuarantin Di Rumah

ALOR SETAR, 23 Julai (BERNAMA) — Seorang pengusaha restoran nasi kandar di Pekan Napoh dekat Jitra telah ditahan dan dikenakan kompaun RM1,000 selepas didapati melanggar syarat kuarantin di rumah, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Mohd Ismail Ibrahim berkata lelaki berumur 57 tahun itu dipercayai baru pulang dari India pada 13 Julai lepas dan telah diwajibkan untuk menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

“Hasil keputusan ujian saringan COVID-19 yang pertama mendapati lelaki berkenaan negatif dan dia perlu melakukan saringan buat kali kedua pada minggu depan.

Polis telah menerima laporan berhubung kejadian daripada penduduk di kawasan itu dan telah menahannya di restoran berkenaan kira-kira pukul 9 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata semasa disoal, lelaki terbabit mendakwa dia berada di restoran itu bagi memantau perniagaannya hari ini.

“Kita telah mengeluarkan kompaun kepada lelaki berkenaan sebelum mengarahkannya untuk pulang menjalani proses kuarantin di rumah. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengambil tindakan lanjut,” katanya.

Gambar lelaki berkenaan yang ketika itu berada di kedainya dengan memakai ‘gelang pink’ iaitu gelang tangan pengesanan COVID-19 mula tular di laman sosial sejak tengah hari tadi.

Sumber: BERNAMA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.