Siakap Keli
Kredit: Bernama

Orang Awam Jumpa Objek Dipercayai Bom Di Tempat Pembuangan Sampah

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) – Sebuah objek dipercayai bom telah ditemukan orang awam di tempat pembuangan sampah sebuah kawasan perumahan di Taman Sri Sentosa dekat sini, tengah hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Zairulnizam Mohd Zainuddin@Hilmi berkata sepasukan anggota forensik Bukit Aman dan Unit Pemusnah Bom bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan selepas menerima panggilan daripada orang awam pada kira-kira 12.20 tengah hari.

“Unit Pemusnah Bom telah berjaya memindahkan objek yang menyerupai bom itu di kawasan yang lebih selamat untuk dimusnahkan.

“Siasatan awal mendapati objek berkenaan ialah bom ‘dummy’ untuk latihan dan siasatan masih berjalan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi 03-2297 9222 bagi membantu siasatan.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.