Siakap Keli

Orang Ramai Boleh Guna Pelitup Muka Yang Dijahit Sendiri Tapi Ikut Spesifikasi WHO – Ismail Sabri

Susulan daripada sidang media yang disampaikan oleh Menteri Keselamatan, Datuk Ismail Sabri telah mewajibkan pemakaioan pelitup muka di tempat awam seperti tempat yang sesak iaitu di pasar dan komplkes membeli-belah serta ketika menggunakan perkhidmatan awam yang bermula pada 1 Ogos 2020 ini.

Sehubungan dengan itu, orang ramai boleh memakai pelitup muka buatan sendiri tetapi mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan WHO. Kerajaan akan mengedarkan spesifikasi tersebut untuk orang ramai menjahit sendiri.

“Kerana pelitup muka digunakan secara pakai buang, jadi ia agak membebankan kepsada keluarga beasr dan golongan kurang kemampuan. Perkara berginilah membuatkan kerajaan membenarkan orang ramai menjahit sendiri untuk mengurangkan perbelanjaan isi rumah,” jelasnya.

Jika orang ramai tidak mengikut arahan SOP yang ditetapkan, mereka akan didenda dengan jumlah RM 1000 atau dipenjara. Ini adalah untuk masyarakat lebih peka dengan jangkitan Covid-19 ini.

Tegasnya, kerana ada sesetengah orang tidak mematuhi arahan SOP, bilangan jumlah kes positif kian meningkat dari angka satu ke angka dua, ini amat dikesali. Beliau mengharapkan untuk amalkan amalan kendiri untuk keselamatan rakyat.

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang