Siakap Keli
Gambar Via Daily Mail

Rakyat Korea Utara Dilaporkan Dihukum Jalani Kerja Buruh Selama 3 Bulan Jika Tidak Pakai ‘Face Mask’

Rakyat Korea Utara dilaporkan akan dikerah untuk menjalani kerja buruh selama tiga bulan jika tidak memakai pelitup muka, lapor Daily Mail.

Langkah baharu itu adalah sebahagian daripada desakan untuk menghentikan penyebaran Covid-19 di negara itu.

Pelajar-pelajar  akan direkrut untuk melakukan ‘rondaan pelitup muka’ untuk memastikan orang ramai memakai pelitup muka.

Sesiapa yang ditemui tanpa memakai pelitup muka perlu menjalani ‘kerja disiplin’ selama tiga bulan.

Pegawai Korea Utara berkata kepada satu saluran berita bahawa mulai 16 Julai, sebuah pasukan pemeriksaan sedang diatur di Pyongyang dan juga di bandar-bandar wilayah dengan pegawai polis dan pelajar sekolah serta universiti untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa yang tidak memakai pelitup muka.

“Siapa pun yang tidak memakai pelitup muka akan dihukum dengan ‘kerja disiplin’ lebih dari tiga bulan, tidak kira siapa pun mereka,” katanya.

Korea Utara mendakwa masih lagi tidak merekodkan kes Covid-19 secara rasmi namun telah mengambil langkah pencegahan intensif termasuk larangan berkumpul, perintah memakai pelitup muka dan kuarantin wajib bagi pekerja sempadan.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa