Siakap Keli

TERKINI: Pelitup Muka Wajib Dipakai Dalam Pengangkutan Awam & Tempat Awam Yang Bersesak Mulai 1 Ogos

Mulai 1 Ogos 2020, rakyat Malaysia diwajibkan memakai pelitup muka di beberapa tempat yang disarankan oleh kerajaan untuk mengurangkan jangkitan wabak Covid-19 ini.

Hal ini telah dijelaskan oleh Menteri Keselamatan Negara, Datuk Seri Ismail Sabri mengatakan bahawa kerajaan mewajibkan untuk pemakaian pelitup muka di tempat awam seperti semasa menaiki kenderaan awam dan berada di tempat sesak iaitu di pasar dan pusat membeli belah.

Susulan dengan itu, perkara ini perlu dititikberatkan untuk semua orang dan sangat penting untuk memutuskan rantaian jangktian Covid-19 ini. Seperti yang kita tahu, angka kes positif semakin meningkat dari satu angka kepada dua angka sejak kebelakangan ini.

Jadi, secara tegas Datuk Ismail Sabri menasihatkan kepada orang ramai agar memakai pelitup muka dan menjaga jarak sebagai langkah terbaik untuk memutuskan rantaian Covid-19 ini.

Sumber: Sidang Media MKN

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang