Siakap Keli
Kredit: Facebook

(Video) Barangan Musnah, Lori Kurier Terbakar Didakwa Berpunca Daripada Barang Kiriman

Beberapa keping gambar sebuah lori milik syarikat penghantaran tempatan yang terbakar menjadi tular di media sosial.

Menurut laman Info Kemalangan & Bencana Malaysia, kejadian dikatakan berlaku di hadapan pejabat cawangan syarikat berkenaan di Kajang Taman Industri Selesa Jaya, Balakong.

Dalam gambar yang tular, kelihatan pelbagai jenis barang hangus dan musnah terbakar berikutan kejadian itu.

Hasil semakan kami, tiada kenyataan rasmi daripada syarikat tersebut mengenai insiden berkenaan setakat ini.

Dalam pada itu, seorang individu mendakwa dirinya salah seorang pekerja syarikat berkenaan berkata, kejadian berpunca daripada asid yang dihantar melalui servis berkenaan.

Sumber: Info Kemalangan & Bencana Malaysia, Twitter

Amira

Love yourself.