Siakap Keli
buaian bergerak sendiri
Kredit: Elina Shaudi

(Video) Siap Ada Bunyi Besi Bergesel, Wanita Kongsi Video Seram Dakwa Buaian Bergerak Sendiri

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dunia ini bukan hanya milik kita. Ia turut menjadi tempat tinggal bagi makhluk lain tidak kira yang boleh dilihat dengan mata mahupun tidak.

Seorang pengguna Facebook berkongsi video seram ketika mana dia mendakwa menyaksikan buaian di perumahannya bergerak sendiri.

Menurut Elina Shaudi, kejadian tersebut berlaku pada tahun lepas ketika dia membawa dua anaknya bermain di kawasan tersebut.

Lebih kurang pukul 6 petang. Masa tu saya bawa 2 anak perempuan main kat taman permainan kawasan perumahan. Memang tiap-tiap petang selalu datang sini.

Tiba-tiba buaian tu berhayun sendiri. Bunyi besi bergesel yang agak kuat, sedangkan jarak dari tempat yang saya rakam tu agak jauh. Saya zoom bagi dekat.

Tak terfikir nak rasa takut lagi masa tu. Sempat rakam dulu. Pastu cabut lari. Sampai sekarang tak pergi dah situ.

Sumber: Elina Shaudi

Amira

Love yourself.